Kerjaya Seorang Doktor

Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama jawatan yang diberikan kementerian kesihatan. Terkini, kerajaan telah memberikan pelbagai insentif menarik kepada doktor.

Untuk yang bergraduat dengan jayanya sebagai pelajar perubatan maka dilantik sebagai pelatih pegawai perubatan berjawatan UD41. Proses yang perlu dilalui ialah 2 tahun.

Selepas 2 tahun, seseorang pelatih akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD44 secara automatik. Manakala genap sahaja perkhidmatan sebagai pegawai perubatan selama 3 tahun selepas perlantikan UD44, automatik akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD48.

Selepas 5 tahun berada pada pegawai perubatan UD48, seseorang akan dilantik terus secara automatik kepada UD52 dan selepas 5 tahun akan terus dilantik ke jawatan UD54.

Pelajar-pelajar perubatan yang lulus dengan jayanya, kerjaya sudah sedia menanti. Tiada istilah pengangguran dan kesusahan mencari pekerjaan bagi pelajar2 perubatan.

Benarlah kata orang2 di zaman saya, belajar susah, kerja senang jika belajar senang maknanya susah lah nak dapatkan pekerjaan.

Dengan peluang kerjaya dan prospek kerjaya menarik, ramai mungkin tidak sedar betapa sukarnya menjadi seorang doktor atau pegawai perubatan.

Walaupun tugas seorang doktor adalah tugasan mulia, insyallah mempunyai pahala yang besar jika ikhlas bekerja tetapi cabaran menanti juga besar. Antara cabaran yang menanti:

Cabaran di Hospital

Cabaran yang menanti seseorang doktor bermakna mereka bertarung untuk menyelamatkan nyawa manusia. Dalam tugasan tersebut, ada yang kurang faham menyebabkan kes saman menyaman berlaku ke atas seseorang doktor.

Cabaran yang kedua, kekurangan doktor menyebabkan ada doktor yang tidak berminat dalam bidang tertentu terpaksa berkhidmat dalam jabatan yang mereka kurang minat. Ini menjejaskan prestasi mereka dalam melakukan sesuatu displin

Cabaran yang ketiga ialah oncall berselang sehari hingga tiada ruang rehat untuk diri sendiri. Oncall bermakna seseorang doktor perlu bertugas selama 24 jam di hospital.

Cabaran yang keempat ialah persatuan doktor yang tidak kuat untuk membela nasib para2 doktor di sektor awam. Ini kerana kebanyakkan penyandang utama persatuan doktor adalah doktor yang berkhidmat di sektor swasta.

Cabaran yang kelima berkaitan dengan pentadbiran hospital yang tidak pandai mengurus kedudukan doktor2 di hospital seperti tidak boleh membezakan jabatan mana yang lebih utama. Contohnya, jabatan kecemasan dan kemalangan hanya ada 1 orang doktor berbanding dengan jabatan perubatan yang mempunyai 5 orang doktor.

Masalah ini terjadi bilamana jabatan kecemasan dan kemalangan tidak mempunyai pakar dalam bidang tersebut manakala jabatan perubatan mempunyai pakar dalam bidang terbabit. Namun, jika dilihat secara kasar dan halus sudah tentu jabatan kecemasan dan kemalangan sepatutnya diberi keutamaan.

Cabaran di Rumah

Berkahwin dengan seorang doktor memerlukan suami/isteri yang perlu memahami. Usah bermegah kerana isteri/suami seorang doktor kerana kadar penceraian bagi kerjaya ini adalah tinggi.

Seorang doktor perlu berkhidmat 24 jam sehari, perlu dipanggil bilamana berlaku kecemasan, ada juga perlu berkhidmat selama 7 hari seminggu di hospital bila mana keadaan memerlukan.

Maka untuk suami, sanggupkah anda menjaga anak  kerana kerjaya isteri anda seorang doktor. Sanggupkah anda menyedia dan mengurus rumah tangga sepanjang ketiadaan isteri anda. Maka anda adalah seorang ayah/ibu kepada anak2 anda.

Usah bercita-cita untuk mengahwini doktor jika anda fikir anda tidak berkemampua untuk menguruskan perkara2 tersebut. Jika ditakdirkan, itu jodoh, maka bersedialah dengan mental dan fizikal untuk mengurus rumahtangga

Begitu juga, semasa musim perayaan. jangan harap anda dapat beraya dengan sanak saudara jika isteri/suami anda seorang doktor. Sebagai seorang doktor, isteri/suami perlu bekerja di hospital manakala anda mungkin beraya berseorangan ataupun bersama2 dengan anak.

Bukan anda sahaja perlu memahami tetapi mungkin juga keluarga anda. Jika tidak, rumahtangga yang dibina mungkin rosak binasa

adios

About these ads

11 responses to “Kerjaya Seorang Doktor

  1. Kepada suami-suami para doktor kena banyak la bersabar.
    Saya pun tumpang simpati. Kawan saya seorang cikgu dah terbalik, dia pulak jadi isteri. Semua keperluan anak dia yang uruskan. Dulu isterinya naik pangkat kena pindah ke Lipis. Dia terpaksa la mintak pindah ke Lipis. Sekarang isterinya naik pangkat lagi kena tukar semula ke Kota baru. Dia dah 2 tahun hidup membujang di Lipis. Minta pindah masuk ke Kelantan tak dapat-dapat lagi. Yang bagusnya dapat isteri suri rumah sepenuh masa. Walaupun mungkin dari segi kewangan agak terhad tetapi bahagia si suami. Apa-apa pun Allah dah tentukan takdir kita. Kita kena terima dan menjalaninya dengan penuh kesabaran.

    • yeap betul tu cikgu taufik…

      begitu lah nasib suami beristerikan doktor…kena sabar.. tahan uji

      artikel tu ditulis supaya peringatan kepada mana2 lelaki tak usah berbangga la nak kawin dgn doktor kalau x tahan di uji/ tak tabah hati/tak mampu nak jaga anak..

  2. btul untuk berkahwin dengan sesiapa pun memerlukan komitmen dan persediaan dari segi mental fizikal..sebb kita harus bertanyakan pada diri sendiri adakah kita sanggup untuk menanggung tggjwb sebagai si suami/isteri..

    sy turut akan meningkatkan ilmu sy dan ingin meneruskan pengajian pada tahap master dan ada rezeki phd la..nama pun anak murid en.wan so kena serupa la kita..ini semua agar org tdk m,gata makan hasil isteri..jd isteri pun x blh “pijak kepala” suami..

    k adios..

  3. alhamdulillah, so far husband saya memahami kerjaya saya. Walau pun kadangkala emosi mempengaruhi layanan terhadap suami (kerana kepenatan setelah bekerja bukan hanya 24jam tetapi 29-30 jam), namun saya harus bersyukur kerana telah membuat pilhan yang tepat

  4. salam, semua orang islam akan mendapat dugaan tak kira apa jua jawatan kita sandang di dunia ini. amat mudah untuk kita memandang beban tanggungan orang lain sebagai ringan bila mereka tidak merungut.. Hanya jika kita berpegang kepada ajaran Islam , cuba hidup cara Islam, dan cuba sedaya upaya mengikut sunah Rasul, maka kita akan mengecapi nikmat kehidupan yang sebenarnya, pentas dunia.

    fikirkan, apabila isteri kita perlukan rawatan kita lebih rela dia diperiksa dan dipegang oleh seorang doktor perempuan, fikirkan juga bahawa doktor-doktor perempuan ini juga perlukan teman hidup bernama suami,yang bertindak sebagai pelindung, kawan setia, kekasih,sumber inspirasi dan idola kepada dirinya dan anak-anak, dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak mereka supaya doktor wanita ini dapat menjadi seorang doktor yang stabil emosinya dan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri rumahtangga,seorang kekasih, juga seorang idola, isteri solehah, ibu mithali, serta menjalankan tugas dan berkhidmat kepada masyarakat bangsa dan agama.

  5. i think it’s good to have suami doktor…..my mom nk i carikan suami doktor….i dh pening kepale….

    • ha3… suami doktor pun sama… my wife adalah doktor.. so bila dia oncal… saya yg kena jaga anak.. memasak utk anak… tukar lampin. basuh baju.. everything all in.. saya kena buat…. so kalo mak u suruh cari suami doktor… maknanya u must understand him a lot.. kalo tak mmg bgaduh je sentiasa.. raya belum tentu bule raya bersama… oncall memanjang… biasanya every other day oncal…. selang sehari… kalo u rasa sanggup bersuamikan doktor n mghadapi kerenah .. silakan… tap good thing about them…. mereka ne org2 yg genius.. senang di ajak berbual.. senang faham wpun bukan ssuatu dr bukan bidang mereka…

  6. huhh,, mcm susah jew…..
    tpi, blom cube, blom tau…
    sye akn blajar brsungguh2 utk mencapai citew2 n skaligus, mnjadik seseorg yg boley dbanggekn….

  7. saya mahu jdi doktor..kalo x dapat mo jdi guru

  8. Ingin Jadi Doktor

    Saya mw jdi doktor pakar . . .
    best x jadi doktor ? ?

  9. saya ingin bersungguh blajar… supaya dapat jdi doktor yang berkerjaya….supaya dapat balas jasa maQ & bapaQ saya yang memberi saya semangat dan dorongan untuk mencapai kejayaan…kerana mereka telah m’bsarkan saya dgn duit hasil titik peluh mereka… terima kaseh.. MaQ & BapaQ yang aq cintai…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s